Emas Dijangka Mencecah $5,000 Pada Masa Akan Datang

$5,000 Gold and $300 Silver are Credible Numbers


Ok, sy ada artikel tuk dikongsi.... ni link asal die...
Saya akan cuba tuk translate dan sampaikan dalam istilah yang lebih mudah difahami...
Harap anda semua dapat sedikit sebanyak manfaat dari artikel ni....



Artikel oleh James West, MidasLetter.com
19 April 2011

Q:           Apakah  persamaan yang terdapat dalam komen2 para pelabur dari CNBC, George Soros, Warren Buffet dan lain2 lagi terhadap pergerakan harga emas bagi 10 tahun yang lalu??

A:           Mereka semua salah.. hal ini kerana, setiap tahun dalam 10 tahun yang lalu, jika kita masih mendengar informasi sebegitu, kita akan kehilangan wang.. setiap tahun, harga emas akan meningkat. Dua tahun yang lalu, ada yang menjangkakan harga emas akan mencecah $1,000 dan kebanyakan mereka berkata yang tak mungkin harga akan meningkat setinggi itu... Tapi sekarang, lihat apa dah jadi, harga sudah mencecah $1,500 dan semakin meningkat...

                Begitu juga dengan harga bagi silver, yang turut meningkat dan kini, jurang nisbah harga emas dan harga silver semakin berkurangan... Ini menunjukkan bahawa kenaikan herga silver adalah lebih cepat dari harga emas. Setahun yang lalu, nisbah silver kepada emas adalah $63/oz silver  untuk $1/oz emas. Sekarang, nisbah itu telah berkurangan kepada 35:1, yang menunjukkan pengurangan nisbah dalam masa setahun mencecah 50%.

                Dari segi kenaikan harga, pada tahun lepas, harga emas meningkat sebanyak 26.51%, tetapi bagi silver, kenaikan adalah sebanyak 123.55% yang menjadikannya “Commodity Trade of The Year”. Dari kenaikan yang telah berlaku, perbezaan harga antara emas dan silver semakin berkurangan. Pelabur semakin tertanya2 kemanakah hala tuju harga kedua2 logam berharga tersebut. Adakah satu masa nanti harganya akan bertemu dan menjadi sama bagi setiap gram???

                Ok, mari lihat nisbah kenaikan harga mereka, jika nisbah kenaikan ini berterusan, tidak mustahil bahawa nisbah silver kepada emas akan menjadi 10:1 dalam masa setahun atau 2 tahun lagi. Tapi kalau nak ikut realiti, mungkin bole kurangkan sket...sebab apa, menurut kata John Stephenson’s, penulis buku Little Book of Commodity Investing, dalam kerak bumi, nisbah silver kepada emas adalah 16 kali ganda... Bermakna, nisbah sebenar adalah 16:1

                Kenaikan silver lebih banyak kerana penarikan permintaan dari sektor industri, samada industri elektronik, barang perhiasan, dan lain2.. Maka, jika nisbah silver dan emas menjadi 16:1, kita akan melihat harga emas bakal mencecah $5,000/oz dan silver pada $312.50/oz, dengan nisbah 16:1.


Berkenaan dengan keadaan US Dollar (USD)


                 Sistem kewangan global yang telah dimonopoli oleh Amerika Syarikat (US) semakin melemahkan matawang mereka sendiri dengan pemalsuan wang yang berlaku..wang kertas dicetak secara meluas dan semakin banyak wang mereka dalam pasaran, nilainya semakin berkurangan. Hal ini telah berlanjutan selama bertahun lamanya dan keadaan semakin teruk. Inflasi adalah kesan langsung dari apa yang berlaku oleh US sendiri, dan semakin lama, nilai USD semakin berkurangan dan harga komoditi, termasuk emas dan silver semakin meningkat.

                Pada masa yang sama, China telah banyak kali menyatakan bahawa mereka akan mengurangkan pemilikan hutang kepada US. Ini dapat dilihat bahawa mereka cuba menyatakan bahawa matawang USD harus ditinggalkan. Kesan dari itu, ramai pelabur akan mencari alternatif lain untuk membuat pelaburan dan beralih kepada bentuk pelaburan yang lebih selamat, iaitu emas dan silver. Secara tidak langsung, permintaan terhadap emas dan silver semakin meningkat dan harganya juga meningkat.



Jadi, tu adalah sedikit sebanyak intipati yang cuba disampaikan oleh penulis asal artikel tersebut... Jika nak mula simpan emas atau silver, mula dari sekarang... lama kelamaan, harganya akan meningkat lebih tinggi... Masa tu, baru la kua ayat camni.. “adoi...nyesal gler kot aritu time ko gtau kat aku, aku xnk beli sbb nak tggu harga trun..ni dah banyak da naik ni...ok la, nak beli la, simpan tuk long term, xde masalah nyer”

DAFTAR PERCUMA DISINI! EMAS DAPAT...DUIT PON DAPAT!!

No comments:

Post a Comment